Rumah En Nordin ini dibeli sekitar tahun 2002 dan terletak di Seremban. Ketika itu En Nordin bertugas di Seremban. Beliau yang bertugas ketika itu sebagai seorang anggota tentera terpaksa berpindah keluar jauh dari Negeri Sembilan atas memenuhi tuntutan khidmatnya.
Rumah ini pernah disewakan tetapi disebabkan tidak dapat menguruskan secara dekat, penyewa tidak bertanggungjawab untuk membayar sewanya. Rumah En Nordin ini juga dibiarkan rosak oleh penyewa apabila keluar meninggalkan rumah ini.
Rumah ini terbiar tidak berpenghuni sejak 8 tahun lepas.
Akhirnya En Nordin yang menetap di Terengganu, membuat keputusan untuk menjual rumah ini kerana tak boleh memberi komitmen untuk menyelenggara rumah itu.
Tahniah dan terima kasih kepada En Nordin kerana mempercayai rumah.cash untuk urusan jualan rumah terbiar beliau.
Sekiranya anda seorang pesara tentera dan memiliki rumah terbiar, hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian dan buat keuntungan.