Dasar Perlindungan Data Peribadi

Komitmen Privasi Kami

Dalam melaksanakan peruntukan Perkhidmatan kami dan supaya dapat beroperasi dengan berkesan, Rumah.cash perlu mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda.

Kami menghormati hak anda terhadap privasi dan semua Data Peribadi yang anda berikan kepada kami.

Kami bertanggungjawab melindungi semua Data Peribadi yang disimpan oleh Rumah.cash. Rumah.cash terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”) dan semua undang-undang lain yang terpakai di Malaysia berhubung dengan perlindungan privasi yang menetapkan beberapa prinsip berkaitan dengan Data Peribadi dan perlindungan pengguna di Malaysia.

Bagi tujuan notis privasi ini (selepas ini disebut sebagai “Notis Privasi”):-

“Pihak Ketiga yang Dibenarkan” bermaksud ejen perunding hartanah, syarikat ejen hartanah, pembeli, yang sedia ada atau masa hadapan, jurubank, penasihat profesional, perunding, kontraktor, ejen atau pembekal pihak ketiga atau penyedia perkhidmatannya, yang dengannya Bank mengikat perjanjian, dalam atau di luar Malaysia;

“Rumah.cash” atau “kami” secara kolektif, sebuah laman web yang beroperasi secara atas talian di Malaysia;

“Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat peribadi dan/atau data yang berkaitan dengan anda yang telah anda berikan kepada Rumah.cash atau disediakan untuk Rumah.cash;

“Data Peribadi Sensitif” bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan kesihatan atau keadaan fizikal dan mental anda, pandangan politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang sama jenisnya, melakukan atau percubaan melakukan apa-apa kesalahan, atau apa-apa Data Peribadi lain yang ditetapkan sebagai sedemikian;

“Perkhidmatan” termasuk apa-apa komunikasi, maklumat atau produk atau perkhidmatan lain
yang disediakan untuk anda oleh Rumah.cash.


Pengumpulan Data Peribadi

Kami boleh mendapatkan Data Peribadi anda yang berikut

    • butiran perhubungan.

    • maklumat perhubungan perniagaan.

    • nama pengguna dan kata laluan untuk mengakses Perkhidmatan kami.

    • maklumat kewangan.

    • maklumat pekerjaan.

    • pengenal pasti media sosial dan elektronik.

    • maklumat lain seperti tingkah laku, keutamaan, keutamaan bahasa, umur, tarikh lahir, jantina dan status keluarga.

Data Peribadi tersebut boleh diberikan kepada Rumah.cash oleh anda, pekerja anda, ejen anda,
wakil anda, penyedia perkhidmatan anda atau mana-mana sumber yang sah melalui apa-apa
cara dan/atau kaedah dengan keizinan anda dan akan disimpan secara sulit oleh Rumah.cash.

Kami boleh mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi untuk tujuan

    • berkomunikasi dengan anda.

    • menyediakan Perkhidmatan untuk anda.

    • memproses transaksi bayaran anda.

    • menjawab permintaan dan pertanyaan anda.

    • mengadakan aktiviti dalaman.

    • pentadbiran teknikal laman web kami.

    • menjalankan penyelidikan/kajian pasaran dan analisis trend/statistik.

    • menyediakan maklumat tentang produk dan perkhidmatan Rumah.cash kepada anda.

    • aktiviti perniagaan lain yang sah bagi Rumah.cash.

    • tujuan lain yang tertentu berhubung dengan kontrak anda dengan Rumah.cash.

    • penambahbaikan, penghargaan, pengiktirafan, manfaat, ganjaran, rebet, diskaun dan penglibatan lain, aktiviti pemasaran dan promosi serta hubungan strategik lain yang seumpamanya.

    • aktiviti pemprofilan pemasaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan terkini Rumah.cash.

    • menghantar jemputan bagi acara dan pameran produk Rumah.cash yang sedia ada dan yang akan datang.

    • memproses dokumen yang berkaitan bagi produk dan perkhidmatan kami.

    • menghantar surat berita, maklumat, berita terkini dan maklumat korporat Rumah.cash melalui pos, panggilan suara/telefon, faks, e-mel, pesanan teks atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan kami yang pada pendapat Rumah.cash menarik minat anda.

    • menyelenggara dan menjaga rekod dan data pelanggan.

(secara kolektif selepas ini dirujuk sebagai “Tujuan”).

Sekiranya Data Peribadi dikehendaki digunakan untuk tujuan baharu, kelulusan anda akan diperoleh sebelum Data Peribadi anda digunakan untuk tujuan baharu atau anda akan diberitahu secara berasingan dan sewajarnya, dengan syarat tiada pengecualian terhadap obligasi keizinan atau pemberitahuan yang digunakan menurut PDPA.

Jika anda memberikan apa-apa Data Peribadi pihak ketiga kepada kami, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan semua keizinan mereka bagi pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi mereka untuk tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

Rumah.cash tidak akan menyimpan Data Peribadi lebih lama daripada tempoh ia diperlukan untuk Tujuan tersebut.

Rumah.cash akan mengambil semua langkah yang munasabah bagi memastikan semua Data Peribadi dimusnahkan, dihapuskan secara kekal atau dibiarkan tanpa nama jika ia tidak lagi dikehendaki untuk Tujuan tersebut.


Cara Rumah.cash Mengumpul Data Peribadi

Rumah.cash akan mengumpul Data Peribadi anda menurut PDPA bagi semua atau apa-apa Tujuan yang diberikan di sini.

Kami akan memberitahu anda tujuan Data Peribadi anda dikumpulkan, digunakan, didedahkan dan/atau diproses, dan mendapatkan keizinan anda bagi pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan yang dimaksudkan. Anda juga akan dimaklumkan tentang hak memohon akses dan membetulkan Data Peribadi anda yang diproses.


Kerahsiaan dan Perkongsian Data Peribadi

Rumah.cash akan memastikan perkara yang berikut

    • menyimpan Data Peribadi anda secara sulit sepenuhnya.

    • menggunakan Data Peribadi mengikut Tujuan yang ditetapkan.

    • tidak akan memproses Data Peribadi anda tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada anda untuk Tujuan tersebut dan apabila ia dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

    • jika anda berusia di bawah 18 tahun, anda hendaklah memastikan yang anda mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum menggunakan Perkhidmatan Rumah.cash.

Walau bagaimanapun, kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih lama daripada tempoh ia dikehendaki pada asalnya, kecuali kami dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian atau anda memberikan kami keizinan untuk menyimpan Data Peribadi bagi tempoh yang lebih panjang.

    • Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga yang Dibenarkan. Anda dengan ini mengizinkan dan membenarkan pendedahan Data Peribadi anda oleh Rumah.cash kepada dan antara Pihak Ketiga yang Dibenarkan, dalam atau di luar Malaysia, bagi Tujuan yang diterangkan di atas atau tujuan lain seumpamanya yang berkaitan padanya. Kami akan mengambil langkah bagi memastikan hak privasi anda dihormati menurut Notis Privasi ini.

    • Keselamatan Data Peribadi. Langkah keselamatan teknikal, organisasi dan pentadbiran yang sesuai disediakan bagi melindungi Data Peribadi terhadap akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pindaan yang tidak dibenarkan, kehilangan atau kecurian, kemusnahan, kerosakan atau risiko yang sama yang tidak disengajakan.

Kami akan memberitahu anda dengan segera jika kami menyedari apa-apa penggunaan, pendedahan atau pemprosesan yang tidak dibenarkan ke atas Data Peribadi anda.

Semua pekerja Rumah.cash dimaklumkan tentang pentingnya menjaga kerahsiaan Data Peribadi yang dikumpulkan, digunakan dan diproses oleh Rumah.cash. Akses kepada Data Peribadi oleh pekerja Rumah.cash hendaklah “berasaskan perlu tahu” sahaja. Pekerja diarahkan supaya tidak membincangkan apa-apa kes dengan pihak ketiga kecuali anda memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian atau jika dikecualikan di bawah PDPA atau apa-apa undangundang lain yang terpakai.


Hak Anda

    • Keizinan. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda memberikan keizinan kepada kami untuk mengumpulkan, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.

    • Ketepatan Data Peribadi. Anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan Data Peribadi tersebut yang kami simpan. Kami akan mengambil semua langkah yang sesuai dan munasabah bagi memastikan Data Peribadi anda tepat, lengkap dan terkini. Anda boleh membantu kami memastikan rekod yang tepat dan terkini dengan memberitahu kami apa-apa perubahan secara bertulis supaya rekod anda boleh dikemas kini dengan segera.

    • Hak Mengakses Data Peribadi anda. Anda berhak mengakses, mengemas kini, mengehadkan pemprosesan dan penggunaan atau mengeluarkan Data Peribadi yang dikumpulkan dan disimpan oleh Rumah.cash. Anda juga boleh meminta Rumah.cash supaya membetulkan Data Peribadi anda apabila terdapat data yang tidak tepat atau tidak lengkap di alamat yang berikut privacy.my@manitou-group.com. Seperti yang disediakan oleh PDPA, permohonan akses anda mungkin tertakluk pada fi yang munasabah yang perlu dibayar kepada Rumah.cash.

    • Hak untuk Tidak Mengizinkan. Anda boleh menolak atau menarik balik keizinan anda terhadap pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi Anda. Apabila anda mengemukakan permohonan bertulis, kami akan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera menurut permohonan anda.

Jika anda gagal memberikan keizinan atau menarik balik keizinan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat

    • menyediakan Perkhidmatan yang dipohon.

    • memberikan maklum balas atau mengendalikan apa-apa pertanyaan atau permohonan anda.

    • menghantar berita terkini, maklumat yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan perniagaan kami, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pihak Ketiga yang Dibenarkan, jemputan acara, surat berita atau penerbitan dan bahan pemasaran.

    • (jika anda pekerja Rumah.cash ini), mematuhi semua obligasi kami sebagai majikan dan oleh itu, menjaga hubungan pekerjaan antara Rumah.cash dengan anda.


Data Peribadi Sensitif

Apabila dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, Rumah.cash akan mendapatkan keizinan anda sebelum memproses Data Peribadi Sensitif anda.

Rumah.cash akan memproses Data Peribadi atau Data Peribadi Sensitif tanpa keizinan hanya dalam keadaan yang terhad dan dibenarkan oleh undang-undang Malaysia.


Laman Web Rumah.cash

Rumah.cash menyediakan produk dan perkhidmatan melalui laman webnya. Rundingan laman web boleh dilakukan tanpa perlu mendedahkan identiti anda atau apa-apa Data Peribadi anda yang lain.

Walau bagaimanapun, Rumah.cash akan mengumpulkan maklumat tanpa nama yang dapat membantu Rumah.cash menambah baik struktur laman webnya dan menghasilkan statistik prestasi laman web tersebut.

Dari semasa ke semasa, Rumah.cash juga akan menggunakan Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk menganalisis maklumat tanpa nama ini.

Laman web Rumah.cash mungkin juga menghendaki maklumat biasa seperti ID Log masuk, kata laluan, Data Peribadi untuk tujuan pengesahan, butiran perhubungan dan nombor pengenalan.

Maklumat ini perlu untuk Rumah.cash menyediakan Perkhidmatan yang anda pohon.

Rumah.cash dengan ini mengesahkan akan menjaga kerahsiaan ID Log masuk dan kata laluan anda.

Walau bagaimanapun, Rumah.cash tidak bertanggungjawab melindungi Data Peribadi anda jika anda mendedahkan ID Log masuk dan kata laluan kepada orang lain.

Sila ambil perhatian bahawa laman web kami mungkin mengandungi hiperpautan dengan laman lain yang tidak berkaitan dengan kami. Hiperpautan dengan laman web ini mungkin atau mungkin tidak memenuhi standard privasi yang sama yang kami tetapkan untuk Rumah.cash kami.

Oleh itu, anda harus memastikan yang anda faham dan menilai standard dan prosedur privasi tertentu mereka. Hiperpautan ke laman web ini bukan pengesahan bagi kandungan mereka dan bukan jaminan bagi maklumat yang terdapat padanya.


Alamat dan Kuki Protokol Internet

Rumah.cash juga mengumpulkan alamat Protokol Internet (IP). Alamat IP diperuntukkan pada komputer di internet bagi mengenal pasti komputer tersebut melalui cara yang unik dalam rangkaian global. Rumah.cash mengumpulkan dan menguruskan alamat IP sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan yang menyediakan pengurusan sesi internet dan untuk tujuan keselamatan.

Rumah.cash mungkin memasang “kuki” atau teknologi lain yang serupa secara automatik pada pelayar internetnya.

Kuki ialah pakej data yang membenarkan pelayan Rumah.cash mengenal pasti dan berinteraksi dengan lebih berkesan dengan komputer pelanggan yang menggunakan masa untuk mengenal pasti setiap pengguna pelanggan, dan oleh itu menyediakan kemudahan log masuk tambahan.

Anda boleh mereka bentuk dan memperibadikan pelayar semasa untuk menolak, tidak menerima atau menghapuskan kuki tersebut.

Rumah.cash kemungkinan menggunakan teknologi penyimpanan tempatan. Penyimpanan tempatan membenarkan rakaman maklumat bukan nominatif yang berkaitan dengan navigasi di laman web.

Apabila berkenaan, kuki juga boleh digunakan untuk:-

    • mengumpulkan statistik tentang bilangan lawatan ke laman web untuk memantau dan meningkatkan kualiti perkhidmatan;

    • menyimpan maklumat yang dimasukkan ke dalam borang untuk menguruskan permohonan;

    • menyediakan kandungan, termasuk iklan, yang berkaitan dengan kepentingan anda dan memperibadikan tawaran yang ditujukan kepada anda oleh Rumah.cash.


Rangkaian Sosial

Laman web kami menggunakan aplikasi komputer pihak ketiga, yang membenarkan anda berkongsi kandungan laman web kami dengan pihak ketiga atau membenarkan pihak ketiga mendapatkan pandangan anda tentang kandungan laman web kami. Hal ini khususnya berkaitan dengan butang “Kongsi” daripada rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, dan LinkedIn.

Apabila anda melayari halaman yang mengandungi butang tersebut, pelayar anda akan mengadakan sambungan langsung dengan pelayan di rangkaian sosial itu.

Jika anda disambungkan dengan rangkaian sosial semasa navigasi, butang aplikasi digunakan untuk memuatkan halaman yang sedang anda layari. Jika anda tidak mahu rangkaian sosial itu memuatkan maklumat yang dikumpulkan melalui laman web kami, anda mesti melog keluar dari rangkaian sosial itu sebelum melayari laman web kami.


Pengiklanan Berasaskan Kepentingan

Pengiklanan berasaskan kepentingan ialah satu cara menyediakan iklan yang lebih berkaitan dengan anda berasaskan Data Peribadi anda. Untuk menyediakan pengiklanan berasaskan kepentingan, kami akan mengumpulkan maklumat tentang aktiviti anda dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengaitkannya dengan satu kategori kepentingan pratentu atau lebih.

Kami mungkin akan menghantar iklan yang disesuaikan dengan kepentingan anda secara berkala.


Menghubungi Kami

Jika anda ingin menghubungi Rumah.cash berhubung dengan Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan bertulis antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, hari Isnin hingga Jumaat melalui e-mel yang dinyatakan di bawah:

E-mel: contact@rumah.cash

Dalam kedua-dua cara tersebut, kami mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana menyebut pada pengepala subjek, bahawa ia merupakan permintaan PDPA untuk membenarkan kami menyampaikan permohonan anda secara efektif kepada orang yang berkaitan.

Sila hantarkan juga kepada kami perkara yang perlu untuk pengenalan anda, seperti nama keluarga, nama pertama, e-mel dan jika boleh, alamat pos anda.


Pindaan Dasar

Kami berhak mengubah atau meminda Dasar Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami.

Semakan Dasar Perlindungan Data Peribadi boleh didapati di laman web kami rumah.cash dan atas permohonan anda di alamat e-mel yang dinyatakan di atas.

Oleh itu, kami mengesyorkan supaya anda sering membaca semula Dasar Perlindungan Data Peribadi kami untuk mengetahui apa-apa perubahan yang dibuat.

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!