Kekurangan Lelongan Hartanah

Kajian yang banyak

Sekiranya anda tidak mengetahui tentang pasaran perumahan, anda perlu melakukan penyelidikan yang banyak sebelum dapat membeli rumah lelong.

Anda perlu memahami topik rumah lelong ini dari segi undang-undang, cara pemeriksaan yang betul, jenis hak milik rumah yang dilelong, dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat bank yang memiliki hartanah tersebut.

Penting juga untuk mengetahui siapa yang memegang hak milik hartanah dan meminta pengisytiharan jualan, yang mana akan memberikan anda pelbagai maklumat termasuk sejarah hartanah itu.

Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai proses dan latar belakang lelongan hartanah akan mengurangkan risiko untuk anda sebagai pembeli, dan juga kemungkinan untuk anda menghadapi masalah besar di kemudian hari.

Pembidaan

Untuk membuat bidaan pada hartanah lelong, anda perlulah menghadiri lelongan – proses yang bukan sahaja sekadar memunculkan diri pada hari itu, samada secara sendiri atau dalam talian.

Anda perlu mendaftar untuk lelongan dan berbincang dengan bank tentang niat anda untuk membeli rumah lelong.

Sebabnya, anda perlu menyediakan bank draf bernilai 10% dari harga rizab hartanah tersebut (harga terendah yang dapat diterima) yang akan disenaraikan secara terbuka oleh rumah lelongan.

Pada hari lelongan, anda perlu memahami terma dan syarat jualan, yang akan diberi bersama nombor lelongan anda, dan bersiap sedia untuk membida apabila pelelong mengumumkan hartanah yang anda mahukan.

Jangan lupa harga maksimum yang anda sanggup bayar, dan kawal diri anda jika terdapat persaingan untuk hartanah tersebut – perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah membida lebih daripada yang anda mampu bayar.

Jika boleh, hadiri lelongan yang mempunyai beberapa hartanah yang anda minati supaya peluang untuk anda menang adalah lebih tinggi.

Komplikasi yang tidak dijangka

Walaupun komplikasi boleh timbul dengan mana-mana jualan rumah, mungkin terdapat komplikasi yang lebih banyak daripada biasa jika anda membeli hartanah lelong.

Komplikasi yang biasa termasuk tidak mengetahui dengan lebih awal bahawa kaveat telah ditempatkan pada rumah oleh pihak ketiga.

Ini bermakna bahawa orang lain yang berminat dengan rumah lelong yang sama telah memfailkan dokumen undang-undang, yang dipanggil kaveat, pada rumah tersebut.

Ini boleh menyebabkan jualan rumah tergendala selama berbulan-bulan dan pinjaman rumah untuk hartanah tersebut akan menjadi sangat sukar untuk diperolehi.

Lagi satu kesulitan adalah mengetahui bahawa bank anda tidak dapat melanjutkan pembiayaan yang anda pilih disebabkan jenis pajakan hartanah tersebut.

Mendapatkan pengisytiharan jualan akan memberikan maklumat ini, dan ia adalah langkah yang sangat penting dan tidak boleh dilepaskan jika anda ingin membeli rumah lelong.

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!