Tahniah kepada En Roslan di atas penjualan rumah beliau yang dibeli pada tahun 1998.
Beliau yang merupakan pesara askar pernah menyewakan rumah tersebut ketika diuruskan oleh arwah bapa beliau kerana beliau bertugas jauh dari rumah tersebut yang terletak di Kluang.
Selepas bapa beliau meninggal dunia, tiada ahli keluarga atau orang dipercayai untuk menguruskan rumah tersebut sejak 10 tahun lepas.
Akhirnya En Roslan memutuskan untuk menjualnya kerana tidak lagi berfikir akan pulang ke Kluang.
Sekiranya anda seorang pesara tentera dan memiliki rumah terbiar, hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian dan buat keuntungan.